A. PEMBENTUKAN IMEJ
Sifat imej cermin satah ialah songsang sisi, sama saiz dan jarak objek-cermin sama dengan jarak imej-cermin, maya. Ciri imej kanta cembung ialah nyata, iaitu imej boleh dipaparkan pada skrin. Kanta cekung pula membentuk imej yang maya, iaitu imej yang tidak boleh dipaparkan pada skrin. Kita boleh melukis sinar cahaya yang memasuki sesuatu kanta. Komponen utama rajah sinar yang melalui kanta ialah :-
- pusat optik - titik ditengah-tengah kanta.
- paksi utama - garis mendatar yang melaui pusat optik.
- Titik fokus - titik dimana sinar ditumpukan.
- Titik 2f - titik yang panjangnya 2 X ganda jarak fokus.
- Imej - imej yang terbentuk.
B. PEMBENTUKAN IMEJ OLEH MATA DAN ALAT OPTIK
Jadual berikut menunjukkan prinsip operasi beberapa alat optik.ALAT OPTIK | PRINSIP OPERASI | SIFAT IMEJ |
---|---|---|
Periskop | sinar dipantulkan pada 2 cermin stah yang selari. Cermin diletakkan pada sudut 45 darjah dalam kotak | Maya, tegak, sama saiz dengan objek |
Kanta Pembesar | objek diletakkan kurang dari j/f | maya tegak, lebih besar dari objek |
Kamera | kanta cembung menumpukan sinar dari imej jauh ke filem | nyata songsang dan menegcil |
Mikroskop | tediri dari 2 kanta - kanta objektif dan kanta mata. kanta objektif membentuk imej nyata, songsang dan membesar dihadapan kanta mata. Kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu. | akhirnya ciri imej ialah : maya,songsang dan lebih besar dari objek |
Teleskop | terdiri dari 2 kanta - kanta objektif dan kanta mata. kanta objektif menumpukan sinar cahaya yang jauh membentuk imej yang nyata, songsang dan mengecil dititik fokus kanta mata. kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu. | ciri imej terakhir ialah : infiniti, maya songsang dan lebih besar dari objek |